
BANDAR SERI BEGAWAN: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor dan isteri Datin Seri Datuk Juliah Salag menghadiri Istiadat Perkahwinan Diraja Putera Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah, Putera Abdul Mateen dengan Dayang Anisha Rosnah Adam di Balai Singgahsana Indera Buana, Istana Nurul Iman, di sini, Ahad.
Selepas majlis itu, pasangan terbabit mengambil bahagian dalam perarakan di sekitar ibu negara Brunei, Bandar Seri Begawan.
Hajiji dan Juliah juga akan menghadiri Istiadat Santapan Diraja yang akan diadakan di Dewan Makan di Istana Nurul Iman hari ini (Isnin).
Majlis perkahwinan selama 10 hari itu dimulakan dengan Majlis Istiadat Bersuruh Diraja’ pada 7 Jan, diikuti dengan Majlis Istiadat Membuka Gendang Jaga-Jaga pada 8 Jan.
SPONSORED CONTENT RM20bil green steel project: Sabah on its way to adopting green technology, says Hajiji Kota Kinabalu: Chief Minister Datuk Seri Hajiji Noor said Sabah is well on its way to fully adopting the green technology revolution with a RM20 billion green steel project at the Sipitang Oil and Gas Industrial Park (Sogip). Read more Majlis Istiadat Menghantar Tanda Diraja dan Pertunangan Diraja, Majlis Istiadat Menerima Tanda Diraja dan Pertunangan Diraja berlangsung pada 9 Januari manakala Majlis Istiadat Berbedak Pengantin Diraja diadakan pada 10 Januari.
Sambutan diteruskan dengan Majlis Istiadat Akad Nikah Diraja pada 11 Jan dan Majlis Istiadat Bersanding Pengantin Diraja pada 14 Jan manakala Majlis Persantapan Diraja akan diadakan pada 15 Jan.
Acara perkahwinan megah itu bakal ditutup dengan Majlis Istiadat Membaca Doa dan Menutup Gendang Jaga-Jaga’ pada 16 Januari.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.



