
Kota Kinabalu: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor akan melancarkan Program Sentuhan Kasih Rakyat 2025 atau SYUKUR pada 19 Februari 2025 di Pusat Kebudayaan Rumpun Bajausama Sabah, di Tuaran, jam 10 pagi.
Secara dasarnya Program Sentuhan Kasih Rakyat atau SYUKUR ini akan memberi manfaat kepada 100,000 penerima di seluruh negeri, menurut kenyataan media.
Program ini menyediakan bantuan tunai sebanyak RM300 setiap bulan kepada penerima yang layak sehingga 31 Disember 2025, Penerima bagi program ini membabitkan Ketua Isi Rumah (KIR) miskin dan miskin tegar yang berdaftar dalam sistem eKasih setakat 31 Disember 2024.
Amaun pembayaran bagi program ini akan dibayar secara berfasa dengan setiap fasa adalah di bayar secara “lump-sum” bagi tempoh tiga bulan iaitu sebanyak RM900 yang akan dikreditkan ke akaun kepada mereka yang mempunyai akaun dan kepada penerima bantuan secara tunai.
Fasa satu pada Januari-Mac 2025, diagihkan bermula Februari manakala fasa kedua (April – Jun 2025), diagihkan bermula April; fasa ketiga (Julai – September 2025) diagihkan bermula September 2025 dan fasa keempat (Oktober – Disember 2025) diagihkan pada Oktober 2025.



