
Kota Kinabalu: Ketua Menteri Datuk Hajiji Noor semalam meraikan sebahagian daripada petugas kesihatan yang terlibat memberi rawatan serta menangani pandemik Covid-19 di negeri ini.
“Sudah lama saya mahu mengadakan majlis ini untuk memberi penghargaan kepada barisan doktor, doktor pakar dan jururawat yang terbabit dalam pandemik ini, termasuk mereka yang telah merawat saya dan isteri saya di hospital," katanya dalam satu majlis makan malam penghargaan di sini malam tadi menurut kenyataan media.
“Namun disebabkan ketika itu ada kekangan termasuk pelaksanaan perintah kawalan pergerakan, baharu malam ini majlis dapat dilaksanakan. Saya bersyukur malam ini niat saya kesampaian selepas lebih setahun lebih.
“Saya merakamkan terima kasih kepada semua mereka yang terlibat merawat dan menangani pandemik itu di Sabah khususnya unit Covid. Sebenarnya, memang ramai yang terlibat jika dikira sepenuhnya di seluruh Sabah, tetapi malam ini kita buat untuk yang di Kota Kinabalu dulu setakat ini. Terima kasih kepada semua."
* Read full report in tomorrow's print paper or log in or sign up for e-paper and premium online news access.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
