Hajiji: Sabah pantau kesan letusan Gunung Ruang, keselamatan rakyat diutamakan

18 Apr 2024 • 6:14 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah akan memantau kesan letusan gunung berapi Gunung Ruang di Indonesia dan menegaskan bahawa keselamatan rakyat menjadi keutamaan, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor (gambar).

Hajiji dalam satu kenyataan di sini berkata beliau telah diberi taklimat mengenai situasi letusan gunung berapi itu dan akan sentiasa memberi keutamaan dalam memantau keadaan dan keselamatan orang ramai.

Lebih 20,000 penumpang dipercayai terjejas berikutan penggantungan semua penerbangan berjadual keluar masuk dari lapangan terbang di Kota Kinabalu, Labuan, Tawau dan Sandakan hari ini, menurut kenyataan itu.

Beberapa penerbangan Malaysia Airlines dan Air Asia yang menghubungkan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sabah, dan Sarawak dibatalkan hari ini berikutan letusan gunung berapi di Gunung Ruang, Indonesia.

Malaysia Airlines setakat ini mengumumkan 19 penerbangan telah dibatalkan, dengan 11 penerbangan membabitkan Sabah, manakala lapan lagi membabitkan Sarawak.

Air Asia berkata 16 daripada penerbangannya yang menghubungkan KLIA dengan destinasi di Sabah dibatalkan, lapan membabitkan Kota Kinabalu dan lapan lagi membabitkan Tawau.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved