Hajiji tolak permintaan tanding Parlimen Tuaran

Politics
14 Oct 2022 • 1:34 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Tuaran: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Haji Noor berkata pada Khamis, beliau tidak berminat untuk bertanding kerusi Parlimen Tuaran pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) itu berkata beliau menolak untuk bertanding walaupun terdapat permintaan agar beliau bertanding di kerusi itu.

“Saya tidak berminat,” katanya ketika ditanya media selepas merasmikan Persidangan Tahunan Perwakilan Bersatu Bahagian Tuaran Tahun 2022 Kali ke-3 di Dewan Seri Sulaman, di sini.