Hak Cipta Belum Selesai, Pembinaan Tugu Kento Nanami Di Kuantan Masih Tertangguh

16 Apr 2024 • 4:17 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Pembinaan tugu peringatan watak anime Kento Nanami di Kuantan masih perlu ditangguhkan kerana ia melibatkan isu hak cipta kartun berkenaan yang belum diselesaikan.

Menerusi laporan Sinar Harian, Exco Perpaduan, Pelancongan dan Kebudayaan Pahang, Leong Yu Man menyatakan bahawa projek yang ditangguhkan selama lebih empat bulan itu dijangka akan melibatkan proses tambahan kerana isu hak cipta dan aspek lain yang perlu diselesaikan.

image is not available

Foto: FB Leong Yu Man

“Perbincangan masih berjalan dan berharap ia boleh diselesaikan tidak lama lagi,” katanya.

Yu Man berkata, wakil kerajaan negeri telah menjalankan satu perbincangan dengan penerbit anime tersebut pada Disember tahun lalu.

“Kita kena melalui orang tengah untuk berhubung dengan pencipta anime. Namun kita juga cuba berbincang dengan syarikat yang memiliki hak cipta (watak) anime itu,” ujarnya.

Selain akan mengadakan perbincangan dengan syarikat berkenaan, beliau juga menjelaskan bahawa orang tengah diperlukan untuk berhubung dengan pencipta kartun itu.

image is not available

Foto: Spielanime

Terdahulu, dalam episod 42 Jujutsu Kaisen, watak ahli sihir Kento Nanami pernah menyatakan keinginannya untuk membina rumah serta menikmati masa dengan membaca buku di Kuantan.

Sehubungan itu, kerajaan Pahang merancang mendirikan sebuah tugu peringatan untuk watak Nanami yang secara tidak langsung menarik perhatian dunia terhadap pantai-pantai di Kuantan.

Sumber: Sinar Harian (Norazwani Yusof)