Hak Penjagaan Noh Hilang Lepas Bercerai, Mizz Nina Dedah Musa Dibawa Keluar Tanpa Izinnya

28 Jan 2024 • 6:07 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Mizz Nina akhirnya telah mendedahkan perkara sebenar di Instagram

Hak Penjagaan Noh Hilang Lepas Bercerai, Mizz Nina Dedah Musa Dibawa Keluar Tanpa Izinnya. Dilaporkan bahawa penyanyi dan aktivis kemanusiaan Mizz Nina, telah mendedahkan bahawa bekas suaminya Noh Salleh sudah hilang hak penjagaan anak angkatnya, Musa setelah mereka bercerai sekitar Ogos 2022.

Menurut Mizz Nina dalam satu kenyataan di Instagram, bekas suaminya, Vokalis kumpulan Hujan itu telahpun menandatangani dokumen undang-undang yang memberi hak penuh kepada dirinya sebagai penjaga Musa dengan rela hati.

image is not available
Hak Penjagaan Noh Hilang Lepas Bercerai, Mizz Nina Dedah Musa Dibawa Keluar Tanpa Izinnya

Noh dikatakan sudah mungkir janji

Oleh demikian, dalam undang-undang, Noh Salleh sudah hilang hak sebagai penjaga Musa.

Dalam kenyataan itu lagi, dikatakan bahawa Noh sudah mungkir janji dan telah memaklumkan dia tidak tahu mengenai perkara ini sedangkan dia sebenarnya tahu.

Mizz Nina juga turut menzahirkan rasa kesal apabila privasi dan keselamatan Musa terganggu berikutan tindakan Noh yang telah mendedahkan wajah anak susuannya itu selain berkongsi nama penuh ibu kandung si kecil tersebut tanpa kebenaran.

Ibu kandung Musa telahpun memohon agar identitinya dirahsiakan namun Noh dengan sewenang-wenangnya mendedahkan privasinya yang sebelum itu turut berkongsi wajah Musa dalam media sosial,” ujar Mizz Nina.

image is not available

Terpaksa dijelaskan agar tiada spekulasi

Dikatakan lagi bahawa perkara ini terpaksa dijelaskan supaya tidak ada spekulasi atau fitnah mengenai isu hak penjagaan Musa selepas ini.

Saya terpaksa bersuara bercerita kisah sebenar supaya tidak ada spekulasi atau fitnah tentang perkara ini.

“Ini bukanlah hanya satu sisi cerita daripada saya tetapi inilah kebenarannya dan semoga Allah terus membawa kebenaran kepada kita semua,” ujar Mizz Nina menutup bicara.

image is not available

Sebelum ini ibu kandung Musa menuntu permohonan maaf

Sebelum ini, ibu kandung Musa telah menuntut permohonan maaf secara terbuka daripada Noh susulan didakwa melanggar perjanjian bagi merahsiakan wajah Musa.

Oleh demikian, Noh kemudiannya memuat naik video permohonan maaf dan menjelaskan dia sama sekali tidak mengetahui sebarang perjanjian antara wanita itu dengan bekas isteri, Mizz Nina.

Lagi berita terkini untuk anda di sini:

https://www.iloveborneo.my/kesal-dituduh-culik-anak-angkat-noh-salleh/

https://www.iloveborneo.my/pemilik-bistro-di-kuching-lesap-rm-370k-diperdaya-sertai-pelaburan-kripto/