
Pasukan bola sepak Paris Saint-Germain (PSG) telah bersetuju untuk menandatangani Hakim Zyech secara pinjaman dari Chelsea sehingga musimnya yang bakal berakhir pada enam bulan akan datang, lapor CBS Sport.
Pemain antarabangsa Morocco itu dijangka tiba di stadium Parc des Princes di Perancis dengan perjanjian berbayar yang dibuat secara rasmi bersama Chelsea sehingga musim panas ini.
Ziyech difahamkan merupakan salah seorang pemain cemerlang di Stamford Bridge dan sebab itu PSG memerlukan seorang bintang (sepertinya) yang boleh mengubah corak permainan.
Sementara bintang lain seperti Neymar, Carlos Soler dan Renato Sanches bergelut untuk mengekalkan prestasi semasa, pemain berusia 29 tahun itu sebelum ini pernah berjaya menaikkan Morocco sehingga suku akhir di Piala Dunia Qatar.
Imbas kembali, Memetik CBS Sports, Ziyech sebelum ini pernah cuba meninggalkan Chelsea selama lebih enam bulan selepas tidak disenangi pengurus lamanya, Thomas Tuchel dan sejak itu, dia gagal kekalkan momentum di bawah Graham Potter.
Ziyach bagaimanapun memilih untuk berpindah ke kelab terbesar Perancis walaupun secara pinjaman – jika ia tidak diteruskan, ia mungkin perlu melalui urusan pembelian menerusi persetujuan kemudian kelak.
Dalam pada itu, bekas pemain Ajax tersebut dijangka mempunyai peranan penting dalam skuad kendalian Christophe Galtier dan mungkin membuat debut seawal Sabtu ini menentang Toulouse FC dalam Ligue 1 Perancis susulan Neymar mengalami keletihan otot.
Walaupun pengambilan Ziyech tidak menyelesaikan keperluan pertahanan PSG yang pada asalnya mahu membawa masuk Milan Skrinar dari Inter Milan, namun pemain itu dipercayai mampu mengubah corak permainan mereka.
Les Parisiens dilaporkan hanya menang sekali dalam empat perlawanan terakhir mereka dan pemain pasukan itu terutamanya Kylian Mbappe, Lionel Messi dan Neymar sedang bergelut untuk mendapatkan kembali prestasi pra-Piala Dunia mereka.
The post Hakim Ziyech Sertai PSG Secara Pinjaman appeared first on Siakap Keli.
