HAKN 2023 Dilancarkan Bagi Iktiraf Individu Terlibat Sektor Agrikomoditi

5 Dec 2023 • 1:58 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Pelancaran Hari Agrikomoditi Negara (HAKN) 2023 dilancarkan bagi iktiraf serta menghargai jasa individu yang terlibat dalam aktiviti membangunkan Sektor Agrikomoditi di Putrajaya hari ini.

Bertemakan Memacu Kemampanan Agrikomoditi Negara, HAKN 2023 dilancarkan oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Haji Fadillah Haji Yusof.

HAKN 2023 iktiraf individu terlibat Sektor Agrikomoditi

image is not available

Selain menghargai jasa rakyat yang terlibat dalam membangunkan sektor ini, HAKN juga dilancarkan sebagai platform perkongsian maklumat sert percambahan idea baru di kalangan pihak berkepentingan dalam Sektor Agrikomoditi negara.

Sambutan HAKN merupakan antara inisiatif oleh Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) dalam meneruskan aspirasi kemakmuran ekonomi dan kesejahteraan rakyat.

Selaras dengan Ekonomi MADANI, aspirasi ini diteruskan melalui aktiviti pembangunan produk berkaitan Sektor Agrikomoditi agar kekal progresif, mampan, berdaya saing dan inklusif.

Pelancaran dan sambutan HAKN telah menyaksikan penyampaian Anugerah Agrikomoditi Negara termasuklah penganugerahan Tokoh Industri Perkayuan dan Perhutanan kepada Datuk Dr. Freezailah Che Yeom.

image is not available

Beliau mempunyai pengalaman luas sejak 60 tahun lalu dalam industri perkayuan negara dan aktif memperjuangkan agenda perhutanan yang mampan serta pensijilan.

Pada masa sama, HAKN 2023 menyaksikan penyampaian anugerah kepada enam sektor yang merangkumi sektor sawit (3), getah (3), kayu-kayan (2), koko (3), lada (1) dan kenaf (4).

image is not available

Sementara itu, KPK akan menganjurkan Agrikomoditi Walk iaitu sebuah program briskwalk sejauh lima kilometer (km) sepanjang Laluan Persiaran Perdana, Putrajaya pada 9 Disember ini yang akan mengumpulkan 2,000 peserta.

Dengan pelancaran HAKN ini, komuniti dan masyarakat setempat juga akan memperoleh manfaat dengan pendedahan melalui pelbagai program, inisiatif dan insentif yang ditawarkan oleh kementerian termasuk agensi-agensi di bawahnya.

image is not available

View Original Article