Hala tuju lima tahun negeri dibentang, impak kepada semua khususnya rakyat

1 Jul 2022 • 4:37 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

KLANG, 1 JULAI: Perancangan negeri bagi tempoh lima tahun bakal dibentangkan dalam sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) yang berlangsung pada hujung bulan ini.

EXCO Pelaburan Dato’ Teng Chang Kim berkata persidangan kali ini penting kerana melibatkan perancangan pembangunan yang memberi impak kepada semua khususnya rakyat Selangor.

“Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari akan membentangkan perancangan negeri membabitkan pembangunan yang lebih rancak dan teratur.

“Kandungannya amat menarik yang mana beliau akan membentangkan kawasan pembangunan baharu termasuk projek-projek bertaraf antarabangsa,” katanya pada SelangorKini.

Beliau ditemui selepas ditemui mengedar kupon haiwan korban kepada 21 surau yang terlibat bagi ibadah korban di Madrasah Darissalmiah di sini, hari ini.

Mesyuarat kedua penggal kelima DNS yang ke-14 tahun 2022 dijangka berlangsung pada 25 Julai hingga 5 Ogos 2022.

Pada 8 Mei, Amirudin berkata Rancangan Selangor Satu dirangka bagi menjayakan agenda sosioekonomi rakyat berasaskan kerajaan penyayang yang berkesan dan berwibawa.

Beliau menjelaskan pelan komprehensif lima tahun itu penting berdasarkan pengalaman Kerajaan Negeri menangani pandemik yang menjejaskan pelbagai sektor.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved