Hala tuju pembangunan Sabah di bawah RMK-13

LocalPolitics
21 Feb 2025 • 4:53 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Larry Ralon

Kota Kinabalu: Kerajaan Negeri telah merangka Hala Tuju Strategik Pembangunan Negeri di bawah Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK-13) sebagai langkah proaktif untuk memacu ekonomi dan pembangunan negeri.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata RMK-13 yang akan bermula dari 2026 hingga 2030, dirangka mengambil kira dasar, pelan pembangunan dan pelan induk semasa, serta inisiatif-inisiatif utama yang sedang diterokai, termasuk inisiatif Ekonomi Biru.

AdvertisementBeliau berkata, agenda pembangunan negeri di bawah RMK-13 juga diselaraskan dengan agenda Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) bagi memastikan pembangunan negeri yang inklusif dan lestari seiring dengan komitmen di peringkat nasional dan global.

Menurutnya, bagi memperkukuhkan inisiatif Ekonomi Biru, Mesyuarat Jemaah Menteri pada minggu lalu, telah meluluskan penubuhan Taman Perindustrian Ekonomi Biru (BEIP) di Kudat.

SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more “Ini menunjukkan Kerajaan Negeri amat serius dalam membangunkan sektor Ekonomi Biru sebagai sumber baharu ekonomi yang boleh dimanfaatkan oleh seluruh rakyat, khususnya dalam mencipta peluang-peluang pekerjaan untuk penduduk setempat.

“BEIP ini dijangka berupaya mentransformasi bahagian utara Sabah, khususnya pekan Kudat, menjadi bandar perindustrian baharu yang berupaya menarik ramai pelabur dari dalam dan luar negara, menerokai segala potensi yang berkaitan dengan Ekonomi Biru seperti perikanan, pelancongan marin, farmaseutikal, marikultur dan tenaga boleh diperbaharui,” katanya.

AdvertisementHajiji berkata, pembangunan negeri akan dilaksanakan secara holistik, meliputi aspek ekonomi, sosial dan alam sekitar dibawah RMK-13.

Fokus utama akan diberikan kepada pengukuhan daya tahan ekonomi melalui tiga sektor ekonomi utama iaitu perindustrian, pertanian dan pelancongan; selaras Pelan Pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ), di samping memperkukuh infrastruktur dan utiliti bagi menyokong sektor-sektor ekonomi ini.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Menurutnya, pembangunan inklusif merangkumi pembangunan wilayah dan sosioekonomi yang seimbang akan dilaksanakan bagi memastikan kesejahteraan yang menyeluruh dan adil untuk setiap lapisan masyarakat.

Selain itu, katanya, usaha untuk meningkatkan kemampanan sumber asli dan pemeliharaan alam sekitar juga ditekankan bagi menyokong pembangunan yang

seimbang dan lestari.

Dengan hala tuju pembangunan strategik serta pelaksanaan program pembangunan yang berkesan dan teratur, pertumbuhan ekonomi negeri Sabah dijangka akan berkembang pada kadar pertumbuhan purata antara 3.0 hingga 4.5 peratus dalam tempoh pelaksanaan RMK-13.

“Strategi dan pelan pembangunan ini pasti dapat dicapai jika kita bekerja bersungguh-sungguh dalam satu pasukan, disokong dengan suasana politik yang stabil dengan semangat perpaduan dan keharmonian kaum, insyaAllah kita berupaya mencapainya,” tegas beliau.

Hajiji berkata, secara keseluruhan, prestasi kementerian-kementerian, jabatan-jabatan dan agensi-agensi kerajaan, adalah memuaskan. Namun, masih banyak ruang untuk menambahbaik prestasi masing-masing.

Malah beliau percaya, jika penjawat awam meletakkan sepenuh perhatian dan memberikan yang terbaik kepada organisasi, daripada pucuk pimpinan kepada yang serendah-rendah jawatan, maka organisasi akan bertambah maju dan cemerlang.

“Mulakanlah sikap yang positif ini sempena tahun baharu ini, demi memberikan yang terbaik untuk organisasi dan Kerajaan,” katanya.

Menyentuh langkah-langkah pemerkasaan perkhidmatan awam di Sabah, Hajiji berkata lebih 4,000 orang penjawat awam telah mengikuti latihan di dalam dan luar negara, bertujuan meningkatkan kompetensi, kreativiti, dan daya saing dalam menghadapi tuntutan kerja yang semakin kompleks dan dinamik pada masa kini.

Dengan menggabungkan latihan bersifat tempatan dan global, komposisi kualiti penjawat awam akan menjadi lebih dinamik, adaptif, dan berwawasan luas dalam melaksanakan tanggungjawab masing-masing.

Menurutnya, pada 2024, seramai 1,960 penjawat awam daripada pelbagai skim perkhidmatan, telah menikmati kenaikan pangkat.

“Kemajuan kerjaya yang melibatkan penyandang pelbagai skim perkhidmatan dalam perkhidmatan awam negeri ini memastikan jawatan strategik dan bukan strategik diisi oleh individu yang berkelayakan dan berkemahiran tinggi agar dapat mempertingkatkan sistem penyampaian perkhidmatan,” katanya.