Halang Keluarga Bertemu, Ibu Mentua Dakwa Prince Syed Buat Anak Seperti Tikus Makmal

LocalHealth & Fitness
2 Nov 2025 • 8:54 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

image is not available
Halang Keluarga Bertemu, Ibu Mentua Dakwa Prince Syed Buat Anak Seperti Tikus Makmal

Nama usahawan terkenal, Prince Syed, kembali menjadi tumpuan selepas tular dakwaan mengejutkan berkaitan isterinya, Fatin Syazwani, yang kini dilaporkan berada dalam keadaan kritikal di wad hospital.

Menurut ahli keluarga Fatin, beliau dipercayai menjalani pembedahan potong usus yang dikaitkan dengan promosi produk ubat kurus milik perniagaan Prince Syed.

Pembedahan tersebut didakwa membawa risiko tinggi dan telah menyebabkan Fatin mengalami komplikasi serius sehingga menjejaskan kesihatannya.

Ibu Mentua Dakwa Prince Syed Buat Anak Seperti Tikus Makmal

Lebih mengejutkan, keluarga Fatin mendakwa mereka tidak dibenarkan menemuinya di hospital, malah percubaan untuk berhubung dengan pihak hospital turut dihalang.

“Ia amat membimbangkan, kami hanya mahu memastikan keselamatan Fatin tetapi dihalang menemuinya,” kata seorang ahli keluarga dalam rakaman video yang tular di platform TikTok baru-baru ini.

image is not available

Perkongsian itu telah menerima pelbagai reaksi dalam kalangan warganet di mana ramai turut mempersoal motif sebenar di sebalik pembedahan berisiko tinggi tersebut.

Malah, meninjau di ruangan komen, ramai yang menzahirkan rasa simpati terhadap Fatin serta membangkitkan kebimbangan terhadap keselamatan pesakit dalam situasi sebegini.

image is not available image is not available image is not available image is not available

Sehingga kini, tiada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh Prince Syed mahupun keluarga kedua-dua belah pihak.

Sumber: TikTok farralisy