Halang Kereta Di Lebuhraya PLUS, Ejen Tarik Kereta Dicekup

LocalPolitics
3 Jul 2025 • 3:30 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Gara-gara mahu tarik kereta, ejen tarik kenderaan sanggup menghalang laluan Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan berhampiran Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Pedas-Linggi, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Rembau Superintendan Hasani Hussain mengesahkan kejadian itu.

"Polis menahan seorang suspek yang juga pemilik kenderaan yang disyaki menghalang lalu lintas di Lebuh raya PLUS. Kami sedang memburu suspek lain.

"Berdasarkan siasatan awal, suspek adalah ejen tarik kenderaan dan mereka menahan kenderaan kerana mahu menarik sebuah kereta," katanya.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 341 Kanun Keseksaan kerana menghalang laluan orang awam, sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga sebulan atau denda maksimum RM1,000 atau kedua-duanya sekali.

image is not available

Terdahulu, Carz.com.my melaporkan tiga kenderaan dirakam menghalang laluan Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan berhampiran Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Pedas-Linggi, Rembau sehingga menyebabkan laluan trafik terhalang.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved