Haliza Maysuri kecewa dakwaan isu penyelewengan zakat – “Penat lelah rakyat memberi jadi sia-sia”

LocalPolitics
22 Apr 2026 • 10:05 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Usahawan tudung terkenal, Haliza Maysuri meluahkan rasa kecewa susulan dakwaan berlakunya penyelewengan amanah membabitkan dana zakat, yang disifatkan sebagai satu pengkhianatan terhadap kepercayaan para penyumbang.

Penat rakyat jadi sia-sia

image is not available

Screenshot

Menerusi perkongsian di Threads, Haliza berkata sebagai individu yang menunaikan tanggungjawab zakat, dia berasa luluh hati apabila membaca dakwaan berkenaan, sekiranya ia benar-benar berlaku.

image is not available

“Jika betul, luluh hati membacanya. Kami berniaga bukan mudah. Siang malam fikir jalan usaha, turun naik jatuh bangun, semata-mata nak cari rezeki halal dan dapat keluarkan zakat yang banyak untuk bantu orang susah,” ciapannya, hari ini.

Menurutnya, usaha mencari rezeki halal bukan sahaja untuk kelangsungan perniagaan, malah didorong oleh niat untuk membantu golongan memerlukan melalui zakat yang ditunaikan.

Tambah Haliza, sebarang bentuk penyelewengan terhadap dana tersebut bukan sahaja mencalar integriti institusi berkaitan, malah memberi kesan mendalam kepada para penyumbang yang ikhlas.

image is not available

Screenshot

‘Tapi kalau amanah diseleweng, pedih. Rasa macam segala penat lelah rakyat yang ikhlas memberi jadi sia-sia. Sampainya hati makan hak orang yang susah,” ujarnya lagi.

Isu berkaitan pengurusan zakat sering menjadi perhatian umum memandangkan ia melibatkan dana amanah umat Islam yang sepatutnya disalurkan kepada asnaf yang layak.

Artikel lain: Anggap seperti anak sendiri, usahawan hadiahkan BMW dan rantai emas buat kucing kesayangan

Terdahulu, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata, isu penyelewengan terbaharu membabitkan sebuah NGO berkenaan setakat ini tidak membabitkan mana-mana institusi zakat di negara.

Difahamkan, penyelewengan berjumlah kira RM230 juta membabitkan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tidak membabitkan sumber dana daripada badan zakat, sebaliknya diseleweng daripada sumbangan yang diberikan pelbagai pihak dan sumber kepada pertubuhan berkenaan.

Sumber: Threads Halizamaysuri

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved