Hamas sambut baik cadangan pelan gencatan senjata baharu dengan Israel

WorldPolitics
4 Jul 2025 • 7:49 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

MOSCOW: Pergerakan Hamas menyambut baik cadangan pelan perjanjian gencatan senjata baharu dengan Israel yang turut merangkumi perjanjian pembebasan tawanan, lapor Sputnik/RIA Novosti memetik portal Ynet dan sumber yang mengetahui perkara itu.

Pada Rabu, Hamas memaklumkan sedang mengadakan rundingan bagi membincangkan cadangan daripada pihak perantara yang bertujuan mencapai perjanjian gencatan senjata di Semenanjung Gaza. Pergerakan itu menyatakan pihak perantara sedang berusaha untuk mencapai “perjanjian kerangka dan memulakan rundingan serius.”

Menurut laporan Ynet pada Khamis malam, Hamas memberikan maklum balas positif kepada Qatar mengenai pelan baharu itu yang pada peringkat awal merangkumi gencatan senjata selama 60 hari dengan pembebasan 10 tawanan hidup dan 18 tawanan yang telah meninggal dunia. Bagaimanapun, kenyataan rasmi belum dikeluarkan.

Pada 18 Mac, Israel menyambung semula serangan ke atas Semenanjung Gaza dengan alasan Hamas menolak rancangan Amerika Syarikat (AS) untuk melanjutkan gencatan senjata yang tamat pada 1 Mac.

Pada 30 Jun, Menteri Luar Mesir Badr Abdelatty berkata bahawa Kaherah bersama pihak perantara lain sedang berusaha untuk memeterai gencatan senjata selama 60 hari di Semenanjung Gaza dan pembebasan beberapa tebusan Israel. Presiden AS Donald Trump pada Selasa memaklumkan bahawa Israel telah bersetuju dengan syarat gencatan senjata itu. - Bernama, Sputnik/RIA NOVOSTI

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved