Hamas Selesai Bebaskan Semua 20 Tahanan Israel Yang Masih Hidup Di Semenanjung Gaza

WorldPolitics
13 Oct 2025 • 7:33 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Hamas Selesai Bebaskan Semua 20 Tahanan Israel Yang Masih Hidup Di Semenanjung Gaza

BAITULMUQADDIS/ISTANBUL, 13 Okt (Bernama-Anadolu) — Sayap tentera pergerakan Hamas, Briged Al-Qassam, pada Isnin telah menyempurnakan pembebasan 20 tahanan Israel yang masih hidup, lapor Anadolu Ajansi.

Tahanan berkenaan diserahkan kepada pasukan Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC) dalam dua kumpulan di Semenanjung Gaza.

Sebagai pertukaran kepada pembebasan tahanan Israel itu, seramai 1,968 tahanan Palestin termasuk 250 yang dijatuhi hukuman penjara seumur hidup akan dibebaskan di bawah perjanjian gencatan senjata antara Israel dan Hamas.

Sumber: BERNAMA