Hamas Setuju Lucut Senjata, Israel Akan Berundur Dari Gaza - Trump

WorldPolitics
31 Jul 2026 • 9:19 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Hamas Setuju Lucut Senjata, Israel Akan Berundur Dari Gaza - Trump

Hamas Setuju Lucut Senjata, Israel Akan Berundur Dari Gaza - Trump

Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump berkata satu persetujuan telah dicapai bagi melaksanakan pelucutan senjata sepenuhnya membabitkan Hamas dan kumpulan bersenjata lain di Gaza, sekali gus disifatkannya sebagai langkah penting ke arah menamatkan konflik di wilayah itu.

Menurut laporan BBC, Trump berkata persetujuan tersebut dicapai menerusi Board of Peace dan akan dilaksanakan secara berperingkat sebagai sebahagian daripada pelan damai Gaza yang ditaja Amerika Syarikat.

Beliau berkata, tentera Israel akan berundur dari Gaza selepas proses pelucutan senjata selesai, manakala keselamatan wilayah itu akan diambil alih oleh Pasukan Penstabilan Antarabangsa bersama pasukan polis Palestin yang baharu.

"Ini merupakan satu pencapaian besar dalam pelaksanaan Pelan 20 Perkara Trump. Apabila proses pelucutan senjata selesai, tentera Israel akan berundur dan Gaza akan ditadbir oleh kerajaan Palestin yang baharu," katanya menerusi hantaran di platform Truth Social.

Trump turut merakamkan penghargaan kepada Mesir, Qatar dan Turkiye yang bertindak sebagai pengantara dalam rundingan tersebut.

Menurut BBC, seorang pegawai kanan Hamas turut mengesahkan kepada media itu bahawa pihaknya bersetuju dengan pelan Board of Peace untuk melaksanakan pelucutan senjata sepenuhnya di Gaza.

Pegawai itu berkata, satu kenyataan rasmi dijangka dikeluarkan dalam masa terdekat.

Baca juga:

Fasa kedua pelan gencatan senjata yang diusahakan Amerika Syarikat itu turut merangkumi usaha membina semula Gaza selepas konflik berpanjangan.

Bagaimanapun, sehingga kini Israel masih belum mengulas secara rasmi mengenai pengumuman Trump.

Dalam perkembangan sama, media Israel melaporkan kerajaan Israel tidak berpuas hati dengan syarat yang dikemukakan dalam cadangan berkenaan.

Memetik BBC, sumber yang dipetik Times of Israel mendakwa perjanjian tersebut telah ditandatangani oleh wakil Hamas bersama Board of Peace dan negara-negara pengantara.

Namun, seorang pegawai Israel dilaporkan berkata cadangan pelucutan senjata itu masih belum memenuhi tuntutan Israel.

Sebelum ini, Hamas pernah menolak cadangan pelucutan senjata yang dikemukakan wakil utama dalam usaha damai Trump pada April lalu.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved