“Hamba Kau Ke” – Suruh Hulur Dan Buka Air, Netizen Pertikai Fungsi Usahawan Upah ‘Bodyguard’

20 Sep 2022 • 11:00 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Tidak dapat dinafikan, kebanyakkan usahawan akan membawa pengawal peribadi ke setiap lokasi yang dikunjungi untuk melindungi mereka serta keluarga daripada mana-mana ancaman.

Usahawan muda produk minuman kesihatan berasal dari Kelantan ini juga tidak terkecuali dari menggunakan beberapa pengawal peribadi ketika keluar dari rumah.

Bagaimanapun, melalui video baru-baru ini yang memaparkan dirinya sedang duduk di sebuah kerusi sambil meminta salah seorang ‘bodyguard’ memberinya air telah menarik perhatian ramai untuk meninggalkan pelbagai reaksi.

Kebanyakkan netizen berasa pelik dan menyoal fungsi sebenar usahawan berkenaan mengambil pengawal peribadi untuk bekerja dengan dia kerana apa yang dipaparkan tidak seperti kerja yang sepatutnya dilakukan oleh pengawal tersebut.

Netizen merasakan fungsi wanita berkenaan mengambil pengawal peribadi itu bekerja bukanlah untuk menjaga keselamatan diri, tetapi menjadi ‘bibik’ peribadinya.

image is not available

image is not available

Sebelum ini, usahawan yang dikenali sebagai Ayunie itu teruk dikecam netizen kerana memperlekehkan penduduk pulau Langkawi tidak pernah melihat kereta mewah Lamborghini semasa pergi bercuti di pulau tersebut bersama rakannya.

image is not available 2 minggu lalu

"Lambo Cikna Pakai Minyak Mahal Je" - Usahawan Kosmetik 'Complain' Langkawi Jual Minyak 'Murah'

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved