Hamdan Senario meninggal dunia

5 Jan 2024 • 2:01 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Hamdan

SHAH ALAM - Pelawak yang juga anggota kumpulan Senario, Hamdan Ramli, 55, meninggal dunia di Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru, kira-kira jam 12.50 tengah hari tadi.

Perkara itu disahkan Azlee Jaafar, 55, atau lebih mesra dengan panggilan Azlee ketika dihubungi pemberita di sini sebentar tadi.

Sebelum ini, Hamdan dilaporkan kritikal hingga terpaksa ditidurkan akibat jangkitan kuman dalam darah.

Difahamkan, Hamdan berada di Johor Bahru bagi membuat persembahan sempena program Wonderful Night with Senariounion di sebuah hotel terkemuka bersama anggota-anggota senario lain seperti Azlee, Wahid, Yassin, Saiful Apek dan Ilya.

AKAN MENYUSUL

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved