Hamdi Harun letak jawatan Ketua Pemuda PAS Terengganu!

LocalPolitics
24 Sep 2026 • 8:41 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Dewan Pemuda Pas Negeri Terengganu (DPPNT) mengadakan mesyuarat khas bagi menentukan barisan kepimpinan pemangku baharu susulan peletakan jawatan Muhamad Hamdi Harun sebagai Ketua Pemuda.

Image from: Hamdi Harun letak jawatan Ketua Pemuda PAS Terengganu!

Setiausaha DPPNT, Mohd Riduan Abu Bakar berkata, Mesyuarat Khas Ahli Jawatankuasa Kerja DPPNT yang berlangsung pada Rabu itu sebulat suara menerima peletakan jawatan berkenaan.

Image from: Hamdi Harun letak jawatan Ketua Pemuda PAS Terengganu!

“Susulan kekosongan itu, mesyuarat bersetuju melantik Mohd Fadhli Rahmi Zulkifli sebagai pemangku Ketua Pemuda bagi sesi 2026–2027.
“Barisan kepimpinan utama turut diisi oleh Muhammad Irsyad Syafiq Burhanuddin sebagai pemangku Timbalan Ketua dan Abdul Manaff Ghani sebagai pemangku Naib Ketua,” katanya menerusi surat rasmi bertarikh 23 September yang dimuat naik di laman sosial Pemuda Pas Terengganu pada Khamis.

Artikel lain: PAS-UMNO sahaja tak cukup! Penyatuan ummah perlu diperluas luar – Tuan Ibrahim

Dalam kenyataan sama, DPPNT turut menzahirkan penghargaan atas khidmat kepimpinan terdahulu serta menyampaikan harapan agar barisan kepimpinan baharu diberikan pertolongan dan kekuatan oleh ALLAH SWT dalam meneruskan agenda tarbiah serta dakwah pemuda.

Sumber: Facebook Pemuda PAS Terengganu

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved