Hamidin, Pan-gon menghadap TMJ

11 Feb 2023 • 5:04 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Tunku Ismail (kanan) menerima menghadap Hamidin (tengah) dan Pan-gon (dua dari kiri).

TUNKU Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin dan Jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon di ibu pejabat pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) pada Sabtu.

Perkara itu dikongsikan di laman Facebook HRH Crown Prince of Johor yang turut menyatakan pertemuan itu bagi membincangkan beberapa perkara berkaitan bola sepak kebangsaan.

"Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin, Presiden FAM dan Kim Pan Gon, Ketua Jurulatih Harimau Malaya menghadap DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor di Ibu Pejabat JDT pada hari ini, 11 Februari 2023 bagi membincangkan beberapa perkara berkaitan bola sepak kebangsaan. ALLAH Peliharakan Sultan," menurut kenyataan dimuat naik tersebut.

Sebelum ini, Hamidin tidak menolak kemungkinan Tunku Ismail boleh menjadi pengurus Harimau Malaya sekiranya perkara itu membawa kebaikan kepada pasukan kebangsaan.