Hamil 5 bulan, Uyaina Arshad dapat hadiah duit daripada Raja Permaisuri Agong

17 Jan 2024 • 9:19 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad dapat hadiah duit daripada Raja Permaisuri Agong selepas baginda mengetahui bahawa selebriti itu sedang berbadan dua.

Rezeki anak dalam kandungan

Perkara tersebut dikongsikan oleh Uyaina atau nama sebenarnya, Saidatul Naseha Uyaina Arshad, 31 di Instagram apabila berkongsi momen istimewa tersebut ketika Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah mencemar duli berkenan mencemar duli melawat Media Prima.

Uyaina Arshad dapat hadiah duit, tuah hamil anak kedua

Ujarnya, duit yang diperoleh daripada Raja Permaisuri Agong merupakan tuah anaknya memandangkan dia kini hamil lima bulan untuk cahaya mata kedua.

“Tuanku & Raja Permaisuri Agong sangatlah mesra & penyayang.

“Raja Permaisuri siap bagi duit untuk baby lepas dapat tahu yang Uyaina mengandung (tengok slide 2). MashaaAllahh rezeki baby. Alhamdullilahhhhh..

“Terima kasih Tuanku & Raja Permaisuri Agong atas kunjungannya.. Semoga dipanjangkan usia & sentiasa diberkati Allah,” tulisnya di Instagram.

image is not available

Uyaina Arshad dapat hadiah duit, ramai teruja lihat kemesraan baginda

Menjengah ke ruangan komen pengacara program Wanita Hari Ini (WHI) itu, ramai yang meninggalkan maklum balas positif dengan mengatakan bahawa Uyaina dan bayi dalam kandungan cukup bertuah.

Mereka juga turut berseloroh mengatakan sempat mengira jumlah duit yang diberikan Raja Permaisuri kepada selebriti itu memandangkan momen tersebut berjaya dirakam.

image is not available

 

Keluarga Diraja berjiwa rakyat

 

image is not available

Kita terkira pula duit tu

image is not available

Tanda kenangan dari Raja Permaisuri Agong

image is not available

 

Sumber: Instagram Uyainaarshad