Hamil? Perut berisi tomyam, ikan stim limau – Neelofa

LocalEntertainment
3 Jan 2025 • 3:10 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Selebriti dan usahawan, Neelofa tampil menafikan dakwaan sedang hamil anak ketiga dan berkata dia kelihatan berisi kerana perut berisi tomyam.

Menerusi satu hantaran di Instagram, Neelofa telah memuat naik satu video memaparkan rutin hariannya sebagai seorang ibu kepada dua anak.

Nafi hamil, Neelofa seloroh perut berisi tomyam

Instagram will load in the frontend.

Pada video tersebut, Neelofa atau nama penuhnya Noor Neelofa Mohd Noor telah berkongsi aktiviti-aktiviti yang dia lakukan sepanjang hari, termasuk pekerjaannya.

Neelofa turut memaparkan video dirinya yang sedang menyediakan hidangan buat keluarganya disamping turut menunjukkan dirinya sedang melakukan perbincangan bersama beberapa individu yang lain.

image is not available

Salah seorang pengikutnya di Instagram kemudian berkata selebriti berusia 35 tahun itu kelihatan berisi disamping turut melemparkan soalan sama ada Neelofa sedang hamil.

image is not available

Susulan itu, bagi mengelakkan terus menjadi bualan ramai, Neelofa tampil menafikan dakwaan itu dan membalas komen berkenaan secara berseloroh.

“Perut berisi tomyam dan ikan stim limau,” katanya berseloroh.

Ini bukanlah kali pertama netizen mendakwa Neelofa berbadan dua terutama selepas melihat perubahan fizikal usahawan itu.

image is not available

Sekadar info, Neelofa telah mendirikan rumah tangga bersama pendakwah bebas, Haris Ismail pada 26 Mac 2021 dan dikurniakan dua anak iaitu Muhammad Bilal, 3, dan Abdullah Abbas 1.

Sumber: Instagram Neelofa

View Original Article