Hamil tujuh bulan, Ayda Jebat lincah menari buat ramai bimbang

EntertainmentMusic
3 Sep 2023 • 5:25 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Tindakan pelakon dan penyanyi, Ayda Jebat mejayakan persembahan bertenaga di acara Absolut Food Fest 2023 pada malam Sabtu mencuri tumpuan ramai di media sosial.

Ini kerana Ayda atau nama sebenarnya, Nur Suhada Jebat sedang hamil cahaya mata kedua dengan usia kandungan mencecah tujuh bulan namun masih mempamerkan aksi lincah menari di atas pentas.

Pengguna aplikasi TikTok, @poojapalatao dan akaun Instagram @__luqmnn ada memuat naik beberapa rakaman memperlihatkan Ayda menyanyikan lagu Nakal Nakal Nakal, Temberang selain Gangnam Style nyanyian asal PSY.

Susulan aksi penuh bertenaga, segelintir individu meluahkan rasa bimbang sekiranya berlaku perkara tidak diingini terhadap bayi dalam kandungan penyanyi berusia 31 tahun itu.

Pening bayi dalam perut

image is not available

image is not available

Walau bagaimanapun, rata-rata netizen lebih menegur penampilan Ayda yang dikatakan kurang sesuai sebagai ibu hamil kerana mengenakan baju nipis berwarna hitam sehingga menampakkan bentuk tubuhnya.

‘Inner’ selalu pakai dekat dalam

image is not available

Terkejut tengok baju

image is not available

Longgar la mana yang patut…

image is not available

Untuk rekod, Ayda mendirikan rumah tangga dengan pengacara Nabil Mahir pada 1 Januari 2021 dan dikurniakan anak sulung Ana Nayla yang kini berusia dua tahun.

Sumber: TikTok @poojapalatao, Instagram @__luqmnn