“Hampa tahan Sanusi, jangan bagi ke Kuala Lumpur” -PM Anwar seloroh dengan MB Kedah

LocalPolitics
25 Jul 2025 • 10:26 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim sempat berseloroh dengan Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor supaya Menteri Besar Kedah itu ditahan agar tidak ke Kuala Lumpur sewaktu bertemu di sambutan Hari Antidadah 2025 di Dataran Darulaman, Jitra.

@drismailsalleh

Hahaha Steady PMX, sempat melawak dengan MB Kedah ketika Lawatan ke projek pembangunan infrastruktur bagi menyokong program penanaman padi 5 kali 2 tahun di kawasan MADA. #MalaysiaMadani #KekalAnwar #KekalPMX #DrIsmailSalleh

♬ original sound - Dr Ismail Salleh - Dr Ismail Salleh

Bergurau jangan bagi Sanusi ke Kuala Lumpur

Menerusi hantaran yang dibuat akaun TikTok Ahli Jawatankuasa AMANAH Nasional, Dato’ Dr. Ismail Salleh, Anwar dilihat sempat bergurau sebelum bergerak menaiki kenderaan bersama Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail.

“Hampa tahan Sanusi, jangan bagi pergi Kuala pergi Kuala Lumpur,” ujarnya sambil disambut gelak tawa Menteri Besar Kedah serta mereka yang hadir.

image is not available

Jangan bagi Sanusi ke Kuala Lumpur, sambil2 makan cempedak goreng

Masing-masing juga dilihat saling berseloroh dan paling mencuit hati sudah tentu tindakan spontan Saifuddin yang meminta sebiji cempedak goreng di tangan Sanusi sebelum memasuki kenderaan bersana Perdana Menteri.

Difahamkan, Anwar dan beberapa tetamu VVIP telah hadir ke Kedah bagi menghadiri sambutan Hari Antidadah 2025 dan turut ke meninjau kemajuan projek pembangunan infrastruktur bagi menyokong Program Penanaman Padi Lima Musim Dalam Tempoh Dua Tahun di Kawasan MUDA, khususnya di Batu 7, Kampung Kemboja, Ayer Hitam, Kedah.

image is not available

Pengikut punya taksub, pemimpin santai hulur cucoq

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang berasa terhibur dengan gelagat orang-orang kenamanan negara yang ketika ini diketahui berada dalam situasi agak ‘memanas’ menjelang Perhimpunan Turun Anwar yang berlangsung esok.

Ada juga di antara mereka merasakan hubungan Perdana Menteri dan juga ahli politik dalam barisan pembangkang dalam keadaan baik sahaja apabila bertemu dan hanya berbeza pandangan ketika berpolitik.

image is not available

Ni dah jumpa depan-depan nak kena turun perhimpunan juga ke?

image is not available

Kena akui PMX memang sempoi

image is not available

Smepat lagi DS Saifuddin ambil makanan MB Kedah

image is not available

Difahamkan, pada 26 Julai 2025, Perhimpunan Turun Anwar bakal dilangsungkan oleh pihak pembangkang diketuai oleh barisan kepimpinan Perikatan Nasional (PN) di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.