Hamparan Lautan Biru Semporna, Nikmati Percutian Villa Terapung Di Nusakuya Resort

28 Sep 2022 • 1:03 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Tak sah kalau tak ke Semporna

Hamparan Lautan Biru Semporna, Nikmati Percutian Villa Terapung Di Nusakuya Resort. Rata-rata di antara kita, pasti akan memilih Semporna sebagai destinasi pelancongan bersama keluarga serta pasangan masing-masing.

Mana tidak, jika kita lihat di ruangan media sosial pasti ada yang berkongsi detik percutian seakan-akan berada di Maldives, namun bahtera perlayaran mereka bersauh di negeri di bawah bayu Sabah.

Jika anda pernah menjejakkan kaki di Semporna, semestinya anda sudah lazim dengan keindahan pulau di situ dengan airnya yang jernih dan biru kehijauan seakan syurga dunia yang sempurna sesuai dengan namanya.

image is not available
Hamparan Lautan Biru Semporna, Nikmati Percutian Villa Terapung Di Nusakuya Resort

Dihidangkan dengan pemandangan lautan biru

Perjalanan akan bermula dari Tawau yang hanya mengambil masa dalam 1 jam untuk sampai ke jetty Semporna. Terdapat perkhidmatan boat transfer dari jetty untuk menuju ke destinasi yang ingin dituju iaitu Nusakuya Resort.

Nusakuya Resort merupakan sebuah pusat penginapan berkonsep villa terapung. Semestinya ia cukup unik, menarik dan juga cantik, resort ini juga lebih private kerana terletak di lokasi yang agak terpencil.

Ada dua jenis villa di resort ini iaitu double room dan family room, anda boleh memilih jenis villa yang sesuai dengan saiz keluarga dan juga keselesaan anda.

image is not available
Bilik di villa terapung Nusakuya Resort. Kredit foto: FB Nusakuya Resort

Pakej all-in di Nusakuya Resort

Untuk pengetahuan anda, setiap harga bilik ini adalah pakej all-in termasuk dengan boat transfer, 3 kali makan, island hopping dan sewaan peralatan snorkeling.

Villa di sini dilengkapi dengan kemudahan asas seperti bilik mandi tersendiri, penghawa dingin, kipas angin, toiletries, tuala, TV, kelengkapan membuat kopi/teh dan paling istimewa tangga yang membawa anda melihat pemandangan laut.

image is not available
Nusakuya Resor. Kredit foto: FB Nusakuya Resort

Di Nusakuya Resort, mereka menyediakan pakej all-in jika menginap di sini, terdapat 3 pakej island hopping yang disediakan dan anda boleh pilih antaranya:

  • Pakej A – Hiking di Bohey Dulang, Sibuan, Matabuan Island
  • Pakej B – Kapalai Island & Mabul
  • Pakej C – Pom Pom, Timba Timba Island, Mataking

Bermacam jenis perkhidmatan disediakan

Jika anda teringin untuk meneroka lautan biru di situ, aktiviti kayak lutsinar (transparent kayak) juga disediakan untuk melihat keadaan di dalam laut.

image is not available
Aktiviti kayak lutsinar dapat melihat keadaan di dalam air biru yang jernih. Kredit foto: FB Nusakuya Resort

Yang pastinya, jika anda memilih Nusakuya Resort sebagai destinasi bulan madu, mereka juga menyediakan pakej honeymoon termasuk candlelight dinner dan breakfast in bed disediakan khas untuk anda dan pasangan.

image is not available
Breakfast in bed. Kredit foto: FB Nusakuya Resort

Selain itu, perkhidmatan Jalan-Jalan Tawau juga disediakan untuk membawa anda ke Tawau meneroka bandar.

Sememangnya, villa terapung seperti di Nusakuya Resort ini jarang sekali ditemui di negara ini, dan pastinya ini merupakan destinasi pelancongan yang worth it kerana dihidangkan dengan pemandangan indah dan juga servis yang menarik.

Lagi destinasi pelancongan menarik yang akan boleh terokai di Sabah dan Sarawak, baca di sini:

View Original Article