Hampir 10 Tahun Berkahwin, Jisung & Lee Boyoung Kian Selesa Dating Di Khalayak Umum

Entertainment
21 Mar 2024 • 11:02 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Ramai yang seronok melihat hubungan antara Jisung dan Lee Bo-young kan?

Para peminat sekali lagi disajikan dengan kemesraan pasangan merpati dua sejoli itu apabila mereka berdua ‘ditangkap’ sedang berjanji temu di sebuah perlawanan besbol di Seoul malam semalam.

Tidak menghiraukan pandangan dari sekeliling, Lee Bo-young dilihat khusyuk mengambil gambar tangan Jisung yang memakai gelang perlawanan sambil lelaki tersebut memandang isterinya dengan senyuman. Sweet!

Malah momen itu sempat dikongsikan di sebuah laman komuniti Korea di mana rata-rata netizen meluahkan rasa cemburu melihat pasangan secocok itu,

Ah mereka terlalu cantik!

 

Kombinasi wajah mereka memang gila.

 

Kedua-duanya tak menua langsung.

 

Dia sangat cantik, dan dia pula sangat kacak.

 

Seriuslah mereka dah masuk usia 40-an?

 

Mereka pasangan kegemaran saya!

 

Nampak muda, macam pelakon baru.

Malah Jisung juga sempat berkongsi gambar swafoto mereka berdua menerusi Instagram miliknya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by 지성 (@justin_jisung)

Semoga terus berbahagia!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

View Original Article