Hampir 150 Rumah Rosak Akibat Ribut, Mangsa Terima Bantuan Segera

LocalEnvironment
14 Apr 2026 • 5:41 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Hampir 150 Rumah Rosak Akibat Ribut, Mangsa Terima Bantuan Segera

Hampir 150 Rumah Rosak Akibat Ribut, Mangsa Terima Bantuan Segera

Padang Terap - Hampir 150 buah rumah di Felda Lubuk Merbau di sini dilaporkan terjejas akibat bencana ribut yang melanda kawasan itu pada petang kelmarin, menurut Ahli Parlimen Padang Terap, Nurul Amin Hamid.

Dalam satu kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook peribadi beliau, Nurul Amin berkata beliau bersama Parti Islam SeMalaysia (PAS) Padang Terap dan Khidmat Malaysia Kedah turun padang hari ini bagi membantu meringankan beban mangsa yang terjejas akibat bencana tersebut.

Image from: Hampir 150 Rumah Rosak Akibat Ribut, Mangsa Terima Bantuan Segera
Kredit: Facebook Nurul Amin Hamid

Baca juga:

Katanya, Khidmat Malaysia telah membuka Dapur Rakyat bagi menyediakan makanan kepada mangsa yang masih berada dalam keadaan trauma selepas kejadian ribut itu.

“Khidmat Malaysia telah membuka Dapur Rakyat di PASTI Ulul Azmi, gotong-royong memasak nasi berlauk untuk diedarkan kepada mangsa bencana yang masih lagi di dalam keadaan trauma,” maklum beliau.

Image from: Hampir 150 Rumah Rosak Akibat Ribut, Mangsa Terima Bantuan Segera
Kredit: Facebook Nurul Amin Hamid
Image from: Hampir 150 Rumah Rosak Akibat Ribut, Mangsa Terima Bantuan Segera
Kredit: Facebook Nurul Amin Hamid
Image from: Hampir 150 Rumah Rosak Akibat Ribut, Mangsa Terima Bantuan Segera
Kredit: Facebook Nurul Amin Hamid

Nurul Amin turut memaklumkan bahawa bantuan tenaga kerja daripada anggota Khidmat Malaysia Kawasan Padang Terap, Khidmat Malaysia Kawasan Sik, Khidmat Malaysia Kawasan Pendang dan Khidmat Malaysia Kawasan Kubang Pasu telah digerakkan bagi membersihkan rumah mangsa.

Antara kerja-kerja yang dijalankan termasuk menebang pokok tumbang serta membersihkan kawasan rumah terjejas akibat ribut berkenaan.

Image from: Hampir 150 Rumah Rosak Akibat Ribut, Mangsa Terima Bantuan Segera
Kredit: Facebook Nurul Amin Hamid
Image from: Hampir 150 Rumah Rosak Akibat Ribut, Mangsa Terima Bantuan Segera
Kredit: Facebook Nurul Amin Hamid
Image from: Hampir 150 Rumah Rosak Akibat Ribut, Mangsa Terima Bantuan Segera
Kredit: Facebook Nurul Amin Hamid

Dalam pada itu, Nurul Amin turut merakamkan penghargaan kepada pelbagai pihak yang terlibat dalam usaha membantu mangsa ribut di kawasan tersebut.

Image from: Hampir 150 Rumah Rosak Akibat Ribut, Mangsa Terima Bantuan Segera
Kredit: Facebook Nurul Amin Hamid

Beliau menzahirkan ucapan terima kasih kepada Pengurus Rancangan, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Padang Terap, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Padang Terap, Polis Diraja Malaysia (PDRM) Padang Terap, penghulu mukim, Jabatan Amal Malaysia, anggota Khidmat Malaysia, Jawatankuasa PASTI Ulul Azmi, Masjid Felda Lubuk Merbau, Jawatankuasa PAS Padang Terap serta semua pihak yang turun membantu mangsa bencana ribut itu.

Image from: Hampir 150 Rumah Rosak Akibat Ribut, Mangsa Terima Bantuan Segera
Kredit: Facebook Nurul Amin Hamid
Image from: Hampir 150 Rumah Rosak Akibat Ribut, Mangsa Terima Bantuan Segera
Kredit: Facebook Nurul Amin Hamid
Image from: Hampir 150 Rumah Rosak Akibat Ribut, Mangsa Terima Bantuan Segera
Kredit: Facebook Nurul Amin Hamid

Menurut beliau, satu perbincangan dan perancangan turut diadakan bersama pihak berkaitan bagi melaksanakan proses seterusnya, iaitu membaik pulih rumah yang mengalami kerosakan teruk akibat ribut tersebut.

Image from: Hampir 150 Rumah Rosak Akibat Ribut, Mangsa Terima Bantuan Segera
Kredit: Facebook Nurul Amin Hamid
Image from: Hampir 150 Rumah Rosak Akibat Ribut, Mangsa Terima Bantuan Segera
Kredit: Facebook Nurul Amin Hamid
Image from: Hampir 150 Rumah Rosak Akibat Ribut, Mangsa Terima Bantuan Segera
Kredit: Facebook Nurul Amin Hamid
Image from: Hampir 150 Rumah Rosak Akibat Ribut, Mangsa Terima Bantuan Segera
Kredit: Facebook Nurul Amin Hamid
Image from: Hampir 150 Rumah Rosak Akibat Ribut, Mangsa Terima Bantuan Segera
Kredit: Facebook Nurul Amin Hamid

Terdahulu, Astro Awani melaporkan satu kejadian ribut telah berlaku di kawasan FELDA Lubuk Merbau, Mukim Tekai Kiri, Padang Terap pada petang Isnin.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Padang Terap, Leftenan (PA), Mohd Roshidi Kassim memaklumkan bahawa pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar jam 5 petang berhubung kejadian berkenaan.

View Original Article