Hampir 2,000 Petugas Kaunter JPJ Melebihi Lima Tahun Akan Ditukarkan

LocalPolitics
24 Jan 2025 • 10:45 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli (Sumber: Bernama)

Petugas yang telah berkhidmat lebih daripada 5 tahun di kaunter Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan ditukarkan untuk meningkatkan mutu perkhidmatan.

JPJ akan memulakan langkah besar-besaran yang melibatkan 1,907 kakitangan di seluruh negara ini selari dengan arahan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, yang menekankan dasar penggiliran kerja bagi penjawat awam.

image is not available

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli mengunjungi sebuah cawangan JPJ (Sumber: BH)

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli, berkata tindakan ini adalah sebahagian daripada usaha untuk meningkatkan kecekapan, keberkesanan dan kualiti perkhidmatan di kaunter.

Jelasnya lagi, senarai nama penjawat awam yang bertugas di kaunter JPJ sedang diperincikan untuk dikemukakan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved