Hampir 20,000 mangsa banjir Terengganu, Kelantan dipindah ke PPS

19 Dec 2022 • 10:36 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

Oleh FAIZAL NAZARUDDIN

SHAH ALAM, 19 DIS: Seramai 19,543 penduduk Terengganu dan Kelantan terjejas banjir susulan fenomena Monsun Timur Laut setakat jam 9 pagi tadi.

Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) menerusi Facebook memaklumkan Terengganu mencatat mangsa tertinggi iaitu 11,059 orang daripada 3,221 keluarga di tujuh pusat pemindahan sementara (PPS).

Manakala Kelantan mencatat seramai 8,484 orang daripada 2,468 keluarga di sembilan PPS.

Selain itu, tiga negeri lain turut terkesan iaitu Johor melibatkan 75 mangsa, Perak (49), Pahang (40).

Enam kawasan di Kelantan mencatatkan paras air pada tahap bahaya dengan trend menaik iaitu di Jambatan Melor (Bachok), Sungai Lebir (Kuala Krai), Kampung Jenob (Tanah Merah), Kampung Jambu (Tumpat) dan Sungai Golok di Kampung Jenob (Tanah Merah).

MetMalaysia pula melaporkan hujan berterusan melanda Kelantan, Terengganu dan Pahang pada pagi ini hingga malam.

Di sebelah petang, ribut petir dan hujan dijangka di beberapa tempat di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Perlis dan Kedah.