Hampir 26% rakyat Malaysia dah daftar PADU, Sarawak antara yang tertinggi

25 Mar 2024 • 1:43 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Kementerian Ekonomi mengumumkan yang terdapat peningkatan mendadak dalam kadar pendaftaran PADU. Berdasarkan kenyataan media, pada 17 Mac 2024, sebanyak 5.4 juta pendaftaran telah direkodkan dan pada 24 Mac 2024, ia telah melonjak kepada 7.72 juta orang.

image is not available

image is not available

Hampir 26% warganegara Malaysia dah daftar PADU

Ia melambangkan 43 peratus pertambahan ataupun purata kira-kira 330 ribu pendaftaran sehari.

image is not available

Walau bagaimanpun, angka tersebut masih sedikit sekiranya anda bandingkan dengan populasi rakyat Malaysia. Daripada infografik yang dikongsikan di laman rasmi PADU, bilangan warganegara yang berumur 0 tahun dan ke atas dalam sistem PADU yang bersumberkan data pentadbiran adalah 30.08 juta sementara yang berkategori 18 tahun ke atas adalah 21.97 juta.

7.72 jumlah pendaftaran yang diumumkan adalah hampir 26% daripada populasi penduduk Malaysia.

Sarawak antara yang tertinggi mendaftar PADU

Selangor, Sarawak , dan Johor adalah tiga negeri paling tinggi merekodkan pendaftaran padu iaitu masing-masing 1.19 juta, 0.86 juta, dan 0.81 juta. Tiga negeri yang paling sedikit pendaftaran adalah Wilayah Persekutuan Labuan (0.03 juta), Putrajaya (0.09 juta) dan Perlis (0.09 juta).

Sarawak telah mencetuskan sensasi apabila menghentikan pendafataran PADU dalam kalangan kakitangan kerajaan negerinya. Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah, berkata perkara itu dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet negeri baru-baru ini berikutan timbul keraguan berhubung maklumat peribadi individu.

Pihak mereka berpendapat yang ada maklumat peribadi yang tidak sepatutnya didedahkan.

Maka dengan sebab itu, dalam satu sidang media pada 23 Mac 2024 tempoh hari, Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli akan menghantar Pegawai Kementerian Ekonomi untuk bertemu dengan wakil kerajaan Sarawak bagi membincakgan isu pendaftaran PADU yang dibangkitkan.

Bacaan berkaitan