Hampir 30,000 Peminat Mahu Aina Abdul Dinobat Juara AJL39

EntertainmentMusic
13 Feb 2025 • 9:37 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available

Debaran Anugerah Juara Lagu ke-39 (AJL39) sudah semakin hampir. Ramai yang sudah mula membuat ramalan tentang juara  AJL39, dan masing-masing punya pilihan sendiri. 

Dalam satu tinjauan yang dilakukan oleh TV3, hampir 30,000 peminat di platform media sosial menunjukkan sokongan penuh kepada Aina Abdul sebagai pemenang utama anugerah berprestij ini. 

Undian versi media sosial ini telah berlangsung dari 6 hingga 11 Februari lalu menerusi Instagram Story di Instagram rasmi TV3, @tv3malaysia.

Tinjauan tidak rasmi yang dilakukan di platform media sosial Instagram TV3 itu menunjukkan gelombang sokongan luar biasa terhadap penyanyi berbakat ini. 

image is not available

Perbincangan hangat dalam kalangan peminat muzik tanah air turut mengangkat Aina Abdul sebagai calon paling layak untuk membawa pulang trofi AJL39 berdasarkan keunikan vokalnya, persembahan bertenaga, serta kekuatan lagu yang dipersembahkan.

Bagaimanapun, pemenang AJL39 tetap bergantung kepada sistem pemarkahan juri profesional yang menilai aspek teknikal dan artistik sesebuah persembahan. 

Namun, trend undian dan sokongan di media sosial sering menjadi indikator kepada populariti dan penerimaan sesebuah lagu dalam kalangan peminat.

Dengan sokongan besar yang diterima, adakah Aina Abdul bakal mengungguli AJL sekali lagi? Nantikan malam anugerah penuh prestij ini dan saksikan sendiri keputusan akhir yang dinanti-nantikan oleh seluruh peminat muzik tanah air. 

AJL39 akan berlangsung pada 16 Februari, jam 9 malam di Axiata Arena, Bukit Jalil. 

Dapatkan tiket dengan segera melalui laman web rasmi www.wowtix.com.my. - Getaran, 13 Februari 2024