
SHAH ALAM, 22 JULAI: Hampir 30 peratus atau 10 daripada 37 perwakilan Majlis Pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) bagi sesi 2022-2025 dianggotai wanita.
Timbalan Ketua Wanitanya Juwairiya Zulkifli dalam kenyataan menyambut baik keputusan tersebut apatah lagi dua daripadanya dilantik sebagai naib presiden parti.
“Ini merupakan usaha pragmatik untuk mengarusperdanakan penyertaan wanita dalam politik sebagai suara yang mempengaruhi dasar bukan sahaja setiap lapisan dalaman parti bahkan peringkat nasional,” katanya.
Beliau turut menyeru semua pihak untuk menjadikan reformasi wadah merangka strategi jangka panjang merangkumi pembaharuan undang-undang, institusi, ekonomi dan sosial.
“Ini untuk melindungi hak wanita dan kanak-kanak serta mempromosikan kesaksamaan gender di Malaysia,” kata Juwairiya lagi.
Antara wanita yang mengangotai MPP adalah:
1. Nurul Izzah Anwar (naib presiden–lantikan)
2. Puan Saraswathy Kandasamy (naib presiden-lantikan)
3. Nurin Aina @ Nor Azrina Surip (ahli MPP-dipilih)
4. Elizabeth Wong (ahli MPP-dipilih)
5. Siti Aishah Shaik Ismail (ahli MPP-dipilih)
6. Raiyan Abdul Rahim (ahli MPP-dipilih)
7. Datuk Christina Liew (ahli MPP-lantikan)
8. Rodziah Ismail (ahli MPP-lantikan)
9. Senator Fadhlina Sidek (ketua wanita-dipilih)
10. Juwairiya Zulkifli (iimbalan ketua wanita-dipilih)
The post Hampir 30 peratus wanita dalam barisan pimpinan pusat KEADILAN appeared first on Selangorkini.

