Hampir 400 hadir saringan kesihatan percuma DUN Kuang

22 Aug 2022 • 10:11 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 22 OGOS: Hampir 400 penduduk hadir melakukan saringan kesihatan percuma di Dewan MPS Seri Kundang dekat sini, semalam.

Sukarelawan Kesihatan Komuniti Selangor menerusi Facebook memaklumkan program Selangor Saring Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuang bawah kelolaan Penyelaras DUN Salasiah Disa berjalan lancar.

“Lebih kurang 400 peserta menjalani saringan kesihatan secara percuma. Terima kasih kepada Salasiah Disa sekalu pengelola, pengurus serta pemudah cara dalam program Selangor Saring,” tulisnya.

Selain DUN Kuang, program sama berlangsung serentak di tiga lagi DUN iaitu Bukit Lanjan, Bandar Utama dan Batu Tiga.

Kerajaan Negeri memperuntuk RM3.4 juta bagi menjayakan program yang bakal memanfaatkan 39,000 penduduk khasnya yang ada sejarah perubatan keluarga, obesiti dan gaya hidup tidak sihat.

Program hingga 4 September menawarkan saringan fizikal, ujian darah dan air kencing, mata, servik dan barah payu dara, ujian darah najis okulta atau kolorektal serta prostat.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved