Hampir 400 Mangsa Terkandas Tanah Runtuh Di Wang Kelian

23 Nov 2025 • 10:37 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Hampir 400 Mangsa Terkandas Tanah Runtuh Di Wang Kelian

KANGAR, 23 Nov (Bernama) — Hampir 400 mangsa terkandas di Wang Kelian dekat Padang Besar, selepas berlaku runtuhan tanah di Jalan Wang Kelian, sekitar 1 tengah hari tadi berikutan hujan berterusan sejak awal pagi hari ini.

Ketua Polis Daerah Padang Besar ACP Mohd Shokri Abdullah berkata mereka terdiri daripada 300 rakyat Malaysia yang pulang dari Thailand melalui Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Wang Kelian dan selebihnya penduduk setempat yang terjejas banjir.

Mohd Shokri berkata mereka kini ditempatkan di Masjid Nurul Husna, Wang Kelian.

“Keadaan mereka selamat di masjid ini sebab kawasan situ agak tinggi. Pihak polis bersama agensi lain seperti bomba, APM (Angkatan Pertahanan Awam Malaysia) dan JKR (Jabatan Kerja Raya) berada di sana bagi membuat pemantauan dari semasa ke semasa,” katanya ketika dihubungi Bernama malam ini.

Mohd Shokri berkata setakat malam ini laluan di jalan berkenaan masih belum dibuka kerana bimbang berlaku pergerakan tanah memandangkan keadaan masih hujan.

Sumber: BERNAMA

The post Hampir 400 Mangsa Terkandas Tanah Runtuh Di Wang Kelian appeared first on Siakap Keli.