Hampir 60 Terkorban Di Brazil Akibat Hujan Lebat, Banjir Dan Tanah Runtuh

26 Feb 2023 • 5:33 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Hampir 60 Terkorban Di Brazil Akibat Hujan Lebat, Banjir Dan Tanah Runtuh

BUENOS AIRES, 26 Feb (Bernama) — Hujan lebat, banjir dan tanah runtuh di Sao Paulo, Brazil menyebabkan hampir 60 orang terkorban, lapor media Brazil.

Angka kematian sehingga Jumaat sebanyak 54 orang dengan 53 kematian direkodkan di kawasan perbandaran Sao Sebastiao.

Menurut Sputnik, angka kematian meningkat kepada 59 orang, misi mencari dan menyelamat sudah memasuki hari ketujuh dengan lebih 150 pakar terlibat.

Menurut pihak berkuasa Sao Paulo, lebih 760 orang hilang tempat tinggal di wilayah itu sejak banjir dan tanah runtuh berlaku hujung minggu lepas manakala 1,730 penduduk dipindahkan.

Gabenor Sao Paulo Tarcisio Gomes de Freitas mengisytiharkan darurat di beberapa kawasan pihak berkuasa tempatan.

Sumber: BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved