iOS 27 baru sahaja diumumkan semalam dengan saya sudah menggunakan versi beta awal pagi ini untuk mengujinya sendiri. Tetapi apakah peratusan penggunaan sistem operasi iPhone yang terkini? Menurut data yang diterbitkan oleh Apple, 79% iPhone di dunia kini menggunakan iOS 26. Sementara itu 14% iPhone masih menggunakan iOS 18 dan bagi 7% lagi menggunakan versi yang lebih lama.

Pada waktu yang sama 86% iPhone yang diperkenalkan sejak empat tahun lalu menggunakan iOS 26. Tidaklah mengejutkan versi terkini sistem operasi digunakan majoriti peranti lebih baharu. Tetapi situasi yang menarik dapat dilihat pada iPad dimana 68% menggunakan iPadOS 26, 17% menggunakan iPadOS 18 dan baki 15% menggunakan versi lebih lama.
Bagi pembangunan data terkini ini memudahkan aplikasi dihasilkan kerana hanya perlu menumpukan pada peranti dengan sistem operasi terkini. Di Android dianggarkan sekitar 54% peranti menggunakan Android 16 diikuti Android 15 (11%), Android 14 (10.72%) dan versi lebih lama pula sekitar 24%.



