“Hampir 80 Peratus Duit Saya Tak Laku” – Asyik Dibelanja Makan Minum, Azhan Rani Puji Sikap Pemurah Penduduk Kelantan

LocalFood
21 Aug 2025 • 4:02 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pelakon Azhan Rani terkejut dan kagum dengan sifat pemurah kebanyakan rakyat di Kelantan kerana tidak kisah membayarkan makan dan minumnya sepanjang menjalani penggambaran di sana.

Kongsi Azhan, sepanjang seminggu berada di negeri itu dia tidak banyak berbelanja dan mengeluarkan duit poket kerana berjumpa dengan ramai individu pemurah.

Hampir 80 peratus duit tak laku

Ujar pelakon berusia 49 tahun itu lagi, sikap peramah dan berbudi pekerti penduduk di Tanah Merah membuatkannya benar-benar terhutang budi.

Saya pun tak tahu bagaimana mahu balas. Dalam banyak negeri di Malaysia, saya rasa di Kelantan ni khususnya terlalu baik masyarakat dia. Hampir 80 peratus duit saya tidak laku. Ada sahaja orang bayarkan makan minum, ada yang hulur dalam senyap, ada juga yang terus belanja depan-depan.

image is not available

Sumber : Utusan 

Azhan juga akui tidak pasti sama ada dirinya mampu untuk melayan orang lain dengan begitu baik dan pemurah seperti dilakukan penduduk Kelantan terhadapnya.

Sungguh saya berterima kasih. Semoga ukhuwah terbina dalam masa seminggu ini berkekalan sampai akhir hayat.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 2025-08-10 17:01:53

Remy Ishak Pelik Video Uruskan Anak Tular & Terima Pujian Ramai - "Bukan Memang Suami Macam Tu Ke Sebelum Ni?"