Hampir Bercerai, Pasangan Dari Kuching Ini Kongsi Kisah Disihir Oleh Kawan Baik Sendiri

9 Jan 2023 • 1:53 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Iri hati lihat kebahagian sahabat, rakan baik sanggup hantar sihir

Hampir Bercerai, Pasangan Dari Kuching Ini Kongsi Kisah Disihir Oleh Kawan Baik Sendiri. Biarpun teknologi moden bergerak pantas setiap hari, amalan sihir, santau atau menuntut ilmu bercanggah ajaran Islam masih diamalkan segelintir masyarakat Melayu negara ini.

image is not available
Hampir Bercerai, Pasangan Dari Kuching Ini Kongsi Kisah Terkena Sihir Oleh Kawan Baik Sendiri. Kredit: Iskandar Dedek

Kebiasaanya, pelaku amalan terkutuk ini biasanya mengamalkan amalan tersebut disebabkan dengki atau tidak senang duduk melihat kehidupan orang lain.

Sejak dahulu lagi, hanya kerana ‘dengki’ ada segelintir individu yang tidak berhati perut tergamak menggunakan ilmu sihir semata-mata mahu menjatuhkan orang lain angkara tidak dapat melihat kesenangan dan kebahagiaan orang lain.

Hairan sering bergaduh walaupun bukan isu besar

Itulah yang berlaku kepada pasangan suami isteri ini apabila mereka mendakwa telah terkena sihir sehingga membuatkan mereka sering bergaduh walaupun sekadar isu-isu kecil.

Pengalaman pahit itu dikongsi oleh individu bernama Iskandar Dedek menerusi akaun Facebook beliau.

image is not available

Menerusi hantaran tersebut, perkara terkutuk itu diketahui oleh beliau apabila beliau menjumpai bungkusan yang mencurigakan yang dibaluti benang-benang merah.

Lebih mengejutkan bungkusan itu mengandungi gambar-gambar beliau bersama isteri beliau.

Menurutnya, penemuan itu akhirnya sedikit-sebanyak memberi jawapan kepada punca mereka bergaduh walaupun hanya masalah remeh.

Pasangan itu hampir bercerai

Tambahnya, sihir itu telah membuatkan kedua pasangan suami isteri sering bercakaran sehingga isterinya sanggup menuntut cerai darinya.

Isteri beliau turut dikatakan mengalami sakit di bahagian peranakan dan tidak datang haid untuk beberapa tempoh berpunca daripada sihir itu.

image is not available

Dalam posting itu juga, beliau turut berkongsi sihir tersebut telah dihantar oleh orang-orang terdekat iaitu sahabat baiknya sendiri.

Difahamkan, akibat ‘iri hati’ dengan kebahagiaan pasangan itu, pelaku tersebut sanggup melakukan amalan terkutuk itu demi kepuasan hati beliau.

Baca lagi artikel terkini di sini: