Hampir Debut Jadi Ahli SNSD, Ramai Terkejut Dengan Identiti Isteri Kim Dongwook

Entertainment
22 Dec 2023 • 5:32 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Tahniah Kim Dong-wook kerana telah selamat berkahwin dengan pilihan hatinya!

Pada 22 Disember hari ini, Kim Dong-wook telah berkahwin dengan wanita pilihannya dan majlis juga diadakan secara tertutup, dihadiri hanya keluarga serta kawan rapat.

Meskipun identiti isteri pelakon itu dirahsiakan namun, menerusi beberapa foto yang dikongsi, netizen akhirnya dapat tahu siapakah wanita bertuah yang berjaya merebut hati Kim Dong-wook.

Untuk pengetahuan, isteri Kim Dong-wook adalah Stella Kim, seorang penulis dan ahli pemasaran dalam industri kecantikan, yang berpangkalan di New York dan Seoul.

Apa yang menarik perhatian, wanita itu juga sebelum ini mendedahkan bahawa dia pernah menjadi pelatih di SM Entertainment dan hampir debut sebagai ahli Girls’ Generation.

Namun dia akhirnya memutuskan untuk meninggalkan dunia hiburan untuk selamanya dan menjadi seorang ahli profesional dalam bidang pemasaran.

Sehingga kini, Stella Kim masih rapat dengan salah seorang ahli kumpulan tersebut iaitu Choi Soo-young, yang turut dilihat menghadiri majlis perkahwinannya.

Selain itu, wanita tersebut juga sepertinya telah mengesahkan bahawa dia adalah isteri Kim Dong-wook, dengan memuat naik beberapa foto di Instagram dan meluahkan rasa syukurnya dengan kehadiran lelaki itu dalam hidupnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Stella Kim (@sundayswithstella)

Sama cantik sama padan kan Kim Dong-wook dengan Stella Kim?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.