Hampir Diserang, Polis Terpaksa Lepaskan Tembakan Ke Arah Sarang Buaya Yang Ditemui Di Taman Malihah

13 Jan 2023 • 8:53 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Buaya 14 kaki muncul dari sarang cuba menyerang anggota polis dan kakitangan SFC.

Hampir Diserang, Polis Terpaksa Lepaskan Tembakan Ke Arah Sarang Buaya Yang Ditemui Di Taman Malihah. Dilaporkan, anggota dari Balai Polis Batu Kawa terpaksa melepaskan 4 das tembakan ke arah seekor buaya yang cuba menyerang mereka pada Khamis semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Padawan Superintenden Abang Zainal Abidin Abang Ahmad, kejadian tersebut berlaku di kawasan tebing sebuah kolam terbiar di Taman Malihah, Matang sekitar jam 3.30 petang.

Beliau berkata anggota tersebut telah ditugaskan ke lokasi kejadian untuk menjaga keselamatan selepas menerima laporan penemuan sarang buaya.

image is not available
Hampir Diserang, Polis Terpaksa Lepaskan Tembakan Ke Arah Sarang Buaya Yang Ditemui Di Taman Malihah. Gambar sekadar hiasan

Buaya berukuran 14 kaki muncul dari kolam

Menurut laporan, seekor buaya berukuran kira-kira 14 kaki muncul dari dalam kolam tersebut terus naik ke tebing dan cuba menyerang anggota terbabit.

Bagi menyelamatkan diri, tiga das tembakan dilepaskan ke arah mulut dan kepala buaya tersebut pada jarak enam kaki serta satu lagi das tembakan dilepaskan ke arah kepalanya sebelum buaya tersebut masuk semula ke dalam kolam.

image is not available
Kredit foto: Utusan Borneo

Semua anggota dan kakitangan dilaporkan selamat

Semua anggota polis dan kakitangan Sarawak Forestry Corporation (SFC) yang menertai operasi dilaporkan selamat.

Dalam masa yang sama, Superintendan Abang Zainal juga menegaskan agar orang awam adalah dilarang untuk ke lokasi kejadian atas faktor keselamatan.

Operasi memburu buaya tersebut akan diteruskan lagi pada hari ini.

Lagi cerita menarik buat anda di sini: