“Hampir Gila, Aku Hilang 17KG..” – Kaum Lelaki Kongsi Momen-Momen ‘Gelap’ Lepas Bercerai, Ramai Luah Rasa Kasihan

LocalEntertainment
11 Oct 2024 • 11:46 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Selalunya kita dengar kaum wanita yang akan luahkan rasa sedih apabila berpisah dengan suami, tetapi kali ini, tular beberapa ciapan luahan kaum lelaki bercerita mengenai kisah selepas bercerai.

Lelaki luah perasaan selepas bercerai

Beberapa ciapan yang diluahkan oleh kaum lelaki itu telah menarik perhatian susulan tidak sangka kisah mereka amat menyedihkan.

Dalam hantaran tersebut, ada yang meluahkan dirinya tidak sanggup untuk pulang ke kediaman yang pernah dihuni bersama bekas isteri kerana ia menyimpan pelbagai memori suka dan duka.

Netizen rasa kesian dengan kaum lelaki

Bahkan, ada juga yang bercerita hampir menjadi gila selepas berpisah dengan bekas isteri.

Setiap hari aku tunggu depan pintu untuk sambut ex aku balik kerja macam biasa. Rupanya aku lupa aku dah pisah. Aku hilang 17kg dalam masa dua minggu selepas cerai.

Meninjau di ruangan komen ciapan tersebut, rata-rata netizen berasa kesian membaca luahan hati para kaum lelaki yang sudah bercerai itu.

image is not available

image is not available 5 hours ago

“Semua Orang Tak Lepas Daripada Melakukan Kesalahan..” - Ina Naim Harap Netizen Jadikan Kisah Fattah Dan Fazura Sebagai Pengajaran