Hampir Kemalangan, Kambing Berkeliaran Di Jalan Bypass Miri Ini Sempat Dirakam Netizen

28 Sep 2022 • 4:34 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Pemilik haiwan ternakan cuai

Hampir Kemalangan, Kambing Berkeliaran Di Jalan Bypass Miri Ini Sempat Dirakam Netizen. Sewaktu memandu di jalan raya, pasti akan ada insiden yang mencemaskan berlaku walhal kita memandu dengan cermat dan berhati-hati di jalan raya.

Satu rakaman telah dikongsi oleh seorang pengguna di Facebook Vivianna Jimbun dimana menyaksikan gelagat dua ekor kambing yang tiba-tiba muncul di hadapan kenderaannya membuatkan pemandu tersebut cemas.

Difahamkan, kejadian itu dikatakan berlaku di jalan Bypass Miri berdekatan lampu isyarat Pujut Padang Kerbau dan Jambatan Sungai Miri.

image is not available
Hampir Kemalangan, Kambing Berkeliaran Di Jalan Bypass Miri Ini Sempat Dirakam Netizen

Dua ekor kambing melintas jalan

Menerusi hantaran itu, Vivianna juga meluahkan rasa terkilan dengan sikap pemilik kambing tersebut kerana membiarkan haiwan ternakan itu berkeliaran di jalan raya utama.

Jelasnya lagi, kambing tersebut sepatutnya diawasi dan diletakkan di dalam kandang yang sepatutnya dan tidak harus dibiarkan kerana boleh membahayakan pengguna jalan raya lain yang melalui jalan tersebut.

Lihat video penuh di sini:

https://www.facebook.com/vivianna.elia/videos/798319138150953?idorvanity=630321750669351
Kredit: FB Vivianna Jimbun

Vivianna sempat menekan brek dan juga bertenang sewaktu kambing tersebut melintas secara tiba-tiba walaupun haiwan itu hampir melanggar kenderaannya.

image is not available
Kredit: FB Vivianna Jimbun

Dia juga berpesan agar pihak berwajib ambil perhatian dengan perkara yang terjadi ini yang boleh menyebabkan pengguna jalan raya mengalami kemalangan sehingga meragut nyawa.

Lagi isu kemalangan jalan raya, baca di sini: