
Kota Kinabalu: Hartanah bernilai hampir RM5 juta terbakar di Sabah Golf and Country Club di Jalan Bundusan, di sini, Jumaat.
Ini merupakan kejadian kebakaran kedua membabitkan kemudahan golf berlaku dalam tempoh kurang sebulan.
Pada 20 Mei lalu, Zing Sunset Bar yang popular di Kelab Golf Kinabalu (KGC) turut musnah dalam kebakaran kira-kira jam 2.30 pagi. Puncanya masih misteri.
Dalam kebakaran terbaru, sebanyak 63 kereta golf, sebuah bangunan dua tingkat dan set golf —beberapa daripadanya ialah set golf Honma — milik kira-kira 20 ahli kelab golf adalah antara yang musnah dalam kejadian itu.
SPONSORED CONTENT Damar Residence coming up soon PAPAR: Those who love nature and a healthy lifestyle should consider Damar Residence, in Lok Kawi. Read more Tiada sesiapa yang cedera dalam insiden berkenaan yang dipercayai berlaku selepas tengah malam.
Kebakaran itu disedari seorang pengawal keselamatan yang melakukan rondaan di kawasan itu.
Punca kebakaran masih disiasat.
Penolong Pengarah (Operasi) Bomba dan Penyelamat negeri Hamsa Isnurdini (gambar kecil) serta pasukan Forensik Bomba dan Penyelamat tiba di tempat kejadian kira-kira jam 9 pagi untuk menyiasat.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.



