Hampir Sama? ADUN DAP Dakwa Manifesto PN Tiru PH

Politics
8 May 2024 • 5:08 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Calon Perikatan Nasional (PN) Khairul Azhari Saut didakwa tiru manifesto calon Pakatan Harapan (PH) Pang Sock Tao bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Bharu.

Pemimpin DAP, Thulsi Monagaran yang membuat dakwaan itu berkata manifesto PN yang dikeluarkan pada Isnin hampir sama dengan manifesto PH yang dilancarkan lebih awal lapor Malaysiakini.

image is not available

Foto: Malaysiakini

“Bagi saya calon PN ini tidak komited dengan pengundi KKB. Dia cuma meniru manifesto PH.

“Hakikat dia baru melancarkan manifesto Isnin menunjukkan tidak tidak kisah dan komited walaupun sebagai calon. Apatah lagi jika apabila dia menjadi wakil rakyat.

“Jika dia benar-benar mempunyai visi di KKB, dia harus melancarkan manifesto lebih awal seperti calon PH ,” katanya.

Terdahulu, Pang melancarkan manifestonya pada Sabtu lalu berlandaskan lima teras iaitu ekonomi, alam sekitar, warisan dan budaya serta kesejahteraan.

Menurut Pang, beliau menyediakan manifesto itu selepas menerima maklum balas daripada penduduk di Kuala Kubu Bharu.

ADUN DAP dakwa manifesto PN tiru PH

image is not available

Foto: MCL

Sementara itu, manifesto Khairul turut mengemukakan lima tawaran atau teras yang seperti ekonomi, alam sekitar dan pembangunan.

Sekadar info, PRK Kuala Kubu Bharu yang dijalankan 11 Mei ini dilaksanakan susulan kematian penyandangnya iaitu Lee Kee Hiong akibat barah.

Sumber: Malaysiakini