Hampir sebaya dengan bakal bapa mentua, netizen terkejut lelaki ini masih awet muda

30 May 2024 • 11:32 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
Hampir sebaya dengan bakal bapa mentua

Seorang lelaki yang dikenali sebagai Zack yang mendedahkan perbezaan usia dengan bakal bapa mentua hanya lima tahun telah berjaya tarik perhatian warganet di media sosial.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Zack di laman TikToknya, dia kini berusia 39 tahun manakala bakal bapa mentuanya berusia 44 tahun.

Dalam perkongsian tersebut, dia telah selamat mengikat tali pertunangan bersama gadis pilihannya berusia 19 tahun dalam sebuah majlis sederhana.

Hampir sebaya dengan bakal bapa mentua

@z_bolkiah

Alhmdulillah ,dapat bakal mak bapak mertua baik pon satu rezeki #fypシ #tunang #mertua

♬ Bismillah Cinta – UNGU & Lesti

Ujar Zack, dia sangat bersyukur apabila memiliki bakal ibu dan bapa mentua yang baik walaupun jarak usia mereka hampir sebaya.

“Beza umur bapa mentua lima tahun je. Bakal ibu mentua pula beza setahun. Alhamdulilah dapat bakal mak dan bapa mentua baik pun satu rezeki,” ujarnya.

Hampir sebaya dengan bakal bapa mentua

image is not available

Netizen puji awet muda Zack

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terkejut dan tidak percaya usia sebenar Zack memandangkan wajahnya kelihatan muda, persis jejaka berusia awal 30-an.

image is not available image is not available

Tahniah!

Dalam pada itu, ramai menzahirkan ucapan tahniah buat Zack dan pasangan atas pertunangan mereka dan berharap urusan dalam menghalalkan hubungan tersebut dipermudahkan.

image is not available image is not available image is not available image is not available

Sumber: TikTok @z_bolkiah