Hampir Sebulan Menanggung Derita ‘Prank’ Tarik Kerusi, Puteri Kini Berunsur Pulih

19 Mar 2023 • 1:31 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Prank begini sering dilakukan di kalangan remaja dan kanak-kanak

Hampir Sebulan Menanggung Derita ‘Prank‘ Tarik Kerusi, Puteri Kini Berunsur Pulih. Bergurau biarlah berpada-pada, kena fikir setiap perbuatan akan ada akibatnya. Puteri Rafasya, bintang cilik Malaysia berusia 12 tahun, telah menjadi mangsa sebuah prank melampau semasa di lokasi penggambaran pada 22 Februari yang lalu.

Kejadian tersebut berlaku semasa penggambaran drama apabila seorang kanak-kanak menarik kerusi Puteri, dengan niat untuk bergurau. Akibatnya, Puteri jatuh dan badannya terhempap ke kaki besi tripod.

image is not available
Hampir Sebulan Menanggung Derita ‘Prank’ Tarik Kerusi, Puteri Kini Berunsur Pulih

Semoga cepat sembuh, Puteri!

Sebelum ini keluarga Puteri menyatakan keadaannya di media sosial, mengungkapkan bahawa dia didiagnosis dengan patah tulang di bahagian bawah dan pinggang. Sistem sarafnya juga mengalami gangguan hingga menyebabkan beliau terpaksa menanggung derita hampir sebulan.

Beliau terpaksa bergantung kepada lampin pakai buang dan kerusi roda untuk bergerak.

image is not available

Kami mendoakan kesembuhan untuk pelakon cilik ini

Baru-baru ini, ibu Puteri memuatnaik perkembangan beliau bahawa anaknya kini sedang lalui sesi fisio dan 17/02/2023 merupakan hari terakhir anaknya ditahan di warded di Hospital Tunku Azizah.

Katanya, Puteri kini sudah boleh berdiri dan berjalan dengan bantuan tongkat. Tambah ibunya juga melalui kapsyennya, sakit yang ditanggung Puteri juga kurang dan dia tidak lagi perlu memakai lampin pakai buang.

Walaupun demikian, Puteri masih memerlukan bantuan keluarga untuk bergerak dan menjalankan aktiviti harian.

image is not available
Hampir Sebulan Menanggung Derita ‘Prank’ Tarik Kerusi, Puteri Kini Berunsur Pulih

Lagi artikel menarik, anda boleh baca di pautan bawah: