Hamzah cadang Johari dilantik Menteri Kewangan II

Politics
12 Sep 2023 • 4:46 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Johari

KUALA LUMPUR - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin pada Selasa mencadangkan agar Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani dilantik menjadi Menteri Kewangan II.

Cadangan itu susulan saranan Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin (PN-Putrajaya) supaya jawatan itu diwujudkan bagi membolehkan kerajaan menumpukan sepenuh masa kepada urusan pentadbiran kementerian itu.

Perkara tersebut mendapat perhatian Naib Presiden UMNO yang juga bekas Menteri Kewangan II itu yang turut mencelah secara sinis dengan menyatakan mahu jawatan berkenaan.

“Saya nak I, bukan II,” katanya ketika mencelah perbahasan Ahli Parlimen Larut itu mengenai Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) di Dewan Rakyat pada Selasa.

Sehubungan itu, Hamzah turut meminta pencelahan Johari dimasukkan dalam ucapan perbahasannya.

“Tuan Yang Dipertua, masukkan pencelahan Titiwangsa dalam ucapan saya bahawa Titiwangsa mahu menjadi Menteri Kewangan I,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau turut menarik balik cadangan sebelum ini agar Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan diberikan jawatan Menteri Kewangan I, sebaliknya dilantik Menteri Kewangan II.

Jawatan Menteri Kewangan II bukan suatu perkara baharu dan pernah dipraktikkan pada zaman penerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad yang melantik Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Bekas Perdana Menteri kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi juga meneruskan tradisi berkenaan dengan melantik Tan Sri Nor Mohamed Yakcop untuk jawatan sama.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved