Hamzah hadir mesyuarat, elak bertemu media

LocalPolitics
4 Nov 2025 • 11:52 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Hamzah (kiri) sempat bertegur sapa dengan Mohd Redzuan sejurus selesai persidangan mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu pada malam Selasa.

PETALING JAYA - Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin sah menghadiri mesyuarat Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) parti itu pada malam Selasa.

Bagaimanapun, Ketua Pembangkang Dewan Rakyat itu bergegas meninggalkan pekarangan Ibu Pejabat Bersatu di sini walaupun cuba didekati media.

Beliau juga enggan memberikan sebarang kenyataan sewaktu ditanya beberapa soalan mengenai perjalanan mesyuarat MPT yang dipengerusikan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin bermula jam 8.30 malam.

Sebelum itu, Hamzah dilihat mesra bertegur sapa dengan bekas Ahli Parlimen Alor Gajah, Datuk Seri Mohd Redzuan Mohd Yusof sejurus selepas mesyuarat parti selesai kira-kira jam 10.30 malam.

AKAN MENYUSUL