Hamzah Zainudin desak Anwar cuti, lantik PM interim ambil alih tanggungjawab

LocalPolitics
10 Jul 2025 • 11:07 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin desak Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil cuti sementara waktu bagi mengelakkan timbulnya persepsi negatif terhadap proses pelantikan hakim di negara ini.

Dalam satu kenyataan Hamzah hari ini, desakan itu dibuat sejajar dengan titah Istana Negara yang menekankan supaya isu pelantikan hakim ditangani dengan cermat dan berintegriti, selaras dengan Perlembagaan Persekutuan.

Hamzah Zainudin desak

image is not available

Menurut Hamzah, Perkara 122B Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa pelantikan hakim dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja.

Bagaimanapun, Hamzah berkata Anwar yang juga merupakan Menteri Kewangan perlu memberi laluan kepada pelantikan seorang perdana menteri interim untuk mengambil alih tanggungjawabnya.

Hilangkan prejudis proses lantikan hakim

image is not available

“Dalam keadaan perdana menteri mempunyai konflik kepentingan peribadi, memandangkan beliau sendiri berdepan dengan beberapa saman sivil di mahkamah, adalah munasabah serta wajar untuk pelbagai pihak merasa curiga tentang wujudnya campur tangan politik dalam soal pelantikan hakim,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Katanya, langkah itu akan mengelakkan prejudis terhadap proses pelantikan hakim dan persepsi umum bahawa perdana menteri mempunyai pengaruh dalam melantik hakim yang mungkin akan mengadili kes-kes melibatkan dirinya.

Sebelum ini, Istana Negara telah memberi amaran agar proses pelantikan hakim mahkamah atasan perlu mematuhi Perlembagaan Persekutuan dan tidak boleh dipolitikkan oleh mana-mana pihak.

Sumber: Facebook @Hamzah Zainudin